Seorang individu mabuk ditahan selepas membuat kekecohan dan mencederakan Penolong Pegawai Perubatan serta memecahkan cermin ambulans milik Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.
Kejadian dilaporkan berlaku 6.20 petang di Jalan Kulas berhadapan sebuah bank di Satok.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian berlaku semasa ambulans terbabit dalam perjalanan ke Kampung Lintang untuk menangani satu kes kecemasan.
Bagaimanapun, katanya apabila ambulans itu sampai di Jalan Kulas, ia ditahan seorang individu dengan mendepakan tangan di tengah jalan.
“Pemandu ambulans terpaksa memperlahankan kenderaan dan tiba-tiba terdengar bunyi cermin bahagian penumpang di belakang pecah sambil pondan terbabit menjerit-menjerit sendirian tanpa diketahui sebabnya.”
“Apabila mangsa cuba membawanya ke tepi jalan, dia bertindak agresif dan menyerang mangsa dengan menarik baju peralatan perlindungan diri (PPE) hingga terkoyak.
“Akibat pergelutan itu, mangsa juga mengalami cedera sebelum suspek beredar.”