Tiada PKPD Di Kawasan Jengka 17, Hanya PKKL

TULAR:
1767

Polis menafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Felda Jengka 17, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, sebaliknya pihaknya melaksanakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) dengan penekanan terhadap pemantauan secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

Katanya, PKKL yang dilaksanakan sejak 8 April lalu dilakukan berikutan terdapat satu kes positif Covid-19 di kawasan itu.

“Ini sebenarnya adalah arahan dikeluarkan Menteri. Polis tiada kuasa mengeluarkan kenyataan sendiri dan arahan itu disalah tafsir dan diviralkan warganet.

“PKKL adalah pelaksanaan khusus di kawasan itu sahaja atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. PKKL di kawasan itu akan terus dilaksanakan sehingga 24 April depan yang membabitkan 2,400 penduduk daripada 577 rumah.

“Dalam tempoh bekenaan, polis akan membantu KKM membuat saringan kepada semua penduduk kerana (KKM) terpaksa mengambil sampel dari semua penduduk yang berada di kawasan Jengka 17.”

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI