PENJELASAN :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang individu warganegara China mempunyai kad pengenalan Malaysia (MyKad), sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut kenyataan JPN:
Individu yang dimaksudkan telah mendapat MyKad secara teratur selepas memperoleh kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai isteri warganegara Malaysia.
Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak mendedahkan dokumen peribadi mana-mana individu di mana-mana platform, terutama media sosial.
SUMBER :
Facebook Jabatan Pendaftaran Negara
Twitter Jabatan Pendaftaran Negara