Kertas Undi Pos Disapu Lilin ?

TULAR:
974

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kertas undi pos untuk calon tertentu telah disapu lilin di bahagian petak pengundian bagi menyukarkan pengundi menanda pangkah di petak tersebut.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta orang ramai untuk tidak mempercayai mesej palsu yang ditularkan menjelang hari mengundi, salah satunya berhubung dakwaan kononnya kertas undi pos telah disapu lilin di petak calon tertentu bagi menyukarkan pengundi menanda pangkah di petak tersebut.

Sehingga kini SPR tidak pernah menerima sebarang aduan diterima berkaitan dakwaan itu. SPR juga menjelaskan bahawa setiap kertas undi yang dicetak akan disemak terlebih dahulu dengan teliti pada setiap helaian bagi memastikan tiada sebarang kekotoran seperti tanda titik hitam (black dot).

Sehubungan dengan orang ramai diminta tidak terpengaruh dan serta turut menyebarkan mesej-mesej palsu tersebut melalui perkongsian di media sosial kerana ianya ia boleh menimbulkan kegemparan dan kekeliruan dikalangan pengundi menjelang hari mengundi.

SUMBER :

Facebook PRU14 Suruhanjaya Pilihan Raya

Facebook Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI