Petugas SPR Membawa Kertas Undi Keluar?

TULAR:
1313

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan video tular di media sosial yang mendakwa bahawa seorang petugas pilihan raya ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi.

Sumber gambar: Facebook

Menurut SPR, hasil semakan mendapati rakaman video tersebut merupakan kejadian yang berlaku semasa PRU-13 pada 2013. Video tersebut juga pernah disiar dan disebar menerusi laman media sosial Youtube dan beberapa laman facebook antara 4 hingga 7 Mei 2013 dan kini ia ditularkan kembali bagi membangkitkan suasana gempar dikalangan rakyat.

SPR berharap orang ramai tidak terus mempercayai sebarang mesej atau visual yang tersebar di media sosial atau turut menyebarkannya secara perkongsian di laman media sosial. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai pilihan raya boleh merujuk kepada SPR dengan menghubungi
talian hotline 03-88927018.

 

SUMBER:

Laman Rasmi SPR

Facebook PRU 14 (SPR)

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI