Terdapat Sehingga 4 Juta Orang Pengundi Pos Pada PRU-14?

TULAR:
558

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat sehingga 4 juta orang pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini hanyalah berjumlah seramai 212,834 orang yang meliputi pelbagai kategori permohonan. Jumlah ini sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini bahawa kononnya terdapat sehingga 4 juta orang pengundi pos pada PRU-14 ini.

Jumlah pengundi pos tersebut merangkumi permohonan melalui Borang 1A seperti petugas pilihan raya, anggota tentera, anggota polis dan petugas media sebanyak 149,730 permohonan. Manakala bagi kategori permohonan melalui Borang 1B pula iaitu terdiri daripada warganegara Malaysia yang berada di luar negara adalah sebanyak 7,979 permohonan.

Selain itu, permohonan melalui Borang 1C pula adalah pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen, anggota Polis Sukarelawan (PVR), petugas kesihatan di Hospital dan Klinik Kerajaan, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, anggota Jabatan Penjara dan anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu sebanyak 51,472 permohonan. Terdapat juga kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara yang merupakan penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangan serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan iaitu sebanyak 3,653 permohonan.

 

SUMBER:

Laman Rasmi SPR

Facebook Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI