Pengundi Boleh Membuat Tuntutan Perjalanan Untuk Mengundi Di Pejabat-Pejabat Daerah?

TULAR:
20627

PALSU:

Tular di media sosial mesej yang mendakwa kononnya para pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan pulang mengundi di semua pejabat-pejabat Daerah tempat mereka mengundi, dan ianya akan dibayar berdasarkan kepada jarak perjalanan.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

SPR menjelaskan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman tentang pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut jarak perbatuan bagi mereka yang balik mengundi. Ini berikutan terdapat mesej tular yang kononnya pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan di Pejabat Daerah dengan membawa kad pengenalan dan jumlah dibayar akan mengikut jarak perjalanan iaitu antara RM10 hingga RM1,000.

 

SUMBER:

Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Facebook PRU14 (SPR)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI