Pengundi Yang Kehilangan Kad Pengenalan Masih Boleh Mengundi?

TULAR:
3959

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan persoalan sama ada para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh hadir untuk mengundi.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri.

Beliau berkata, pengundi juga boleh membawa lesen memandu, pasport terhad atau pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan sebagai pengenalan diri yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar mereka.

SUMBER:

Sinar Harian

Frontdesk

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI