Industri Sawit Malaysia Menggunakan Buruh Paksa Kanak-Kanak?

TULAR:
591

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan senarai industri sawit Malaysia yang menggunakan buruh paksa kanak-kanak.

Sumber gambar: MTUC

SEBENARNYA:

Malaysia menegaskan tidak pernah menggunakan buruh paksa kanak-kanak dalam sektor perladangan sawitnya.

Menurut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, senarai yang dikeluarkan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan industri sawit Malaysia menggunakan tenaga kerja kanak-kanak sejak 2014 dianggap sebagai memburukkan imej industri sawit negara.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI