Perkhidmatan E-Visa Dengan Kebenaran Tourism Malaysia?

TULAR:
416

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat tawaran dari pihak ketiga yang mendakwa mendapat surat kebenaran dari Tourism Malaysia bagi memberikan perkhidmatan e-visa.

Sumber gambar: Nanyang Travel.

SEBENARNYA :

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan bahawa Tourism Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada mana-mana pihak dalam menawarkan perkhidmatan e-visa memandangkan ianya di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Tourism Malaysia hanya akan berurusan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Malaysia dan Perwakilan Malaysia di Negara China dan India untuk sebarang urusan berkaitan visa.

SUMBER :

Jabatan Imigresen Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI