Aplikasi MyPetrol Bantu Cari Harga Petrol Dan Diesel Murah?

TULAR:
101

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat satu aplikasi maklumat pintar yang kononnya boleh memberi maklumat bagi penjualan harga minyak petrol dan diesel murah di negara ini.

Sumber : Facebook


SEBENARNYA :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menafikan penularan maklumat mengenai petrol dan diesel yang dijual oleh stesen tertentu di ibu kota, pada harga lebih rendah daripada kadar ditetapkan.

Dalam kenyataannya, KPDNKK mengakui wujud aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna mengemas kini harga jualan runcit petrol dan diesel oleh semua stesen minyak di seluruh negara.

SUMBER :

Berita Harian

Laman Facebook Rasmi KPNDKK


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI