Jambatan Sitiawan Retak?

TULAR:
190

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa jambatan Sitiawan, Perak kini retak. Jambatan itu merupakan antara jambatan yang penting kerana ia adalah di antara tiga jambatan utama yang menghubungkan Pantai Remis dengan Seri Manjung dan Sitiawan.

Sumber: Harian Metro.

SEBENARNYA :

Jabatan Kerja Raya (JKR) Manjung menafikan Jambatan Sitiawan di sini, mengalami keretakan seperti mana yang tular di laman sosial Facebook.

Juruteranya, Haslina Mohd Isa berkata gambar jambatan yang ditular itu sebenarnya adalah sebuah jambatan yang sedang dibina di sebuah kampung berhampiran.

Beliau berkata, pemeriksaan di ketiga-tiga jambatan di Segari iaitu Jambatan Sitiawan, Jambatan Raja Permaisuri Bainun dan Jambatan Semalon mendapati kesemuanya tidak mengalami sebarang keretakan dan selamat digunakan.

SUMBER :

Harian Metro

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI