JPJ Buru dan Saman Pelajar di Sekolah?

TULAR:
101

PALSU :

Tersebar luas di media sosial gambar-gambar yang kononnya menunjukkan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan operasi dan menyaman pelajar sekolah di sekolah masing-masing.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan ia melaksanakan penguatkuasaan dalam kawasan sekolah termasuk mengenakan saman ke atas pelajar yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, kehadiran pihaknya di sekolah adalah untuk kempen keselamatan dan penguatkuasaan bagi pelajar. Menurut beliau, program tersebut dilaksanakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pendidikan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Beliau juga berkata, tujuan utamanya ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa mengenai peraturan jalan raya selain kepentingan mempunyai lesen yang sah.

SUMBER :

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI