PALSU :
Tular di media sosial yang dakwaan bahawa terdapat insiden tembak-menembak kerana kes dadah dan pecah kereta yang berlaku di sekitar Masjid Jeram, Manir, Terengganu.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman menegaskan bahawa tiada insiden berbalas tembakan yang berlaku di Kampung Jeram, Manir, Terengganu seperti yang diuar-uarkan menerusi laman sosial.
Beliau berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut dan meminta mereka yang tidak bertanggungjawab berhenti daripada menyebarkan berita tidak berasas serta tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketakutan orang ramai.