Asrama Di SMK Tulid Menggunakan Tilam Yang Telah Rosak?

TULAR:
614

PALSU: 

Tular di media sosial dakwaan bahawa asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid di Pensiangan, Sabah, menggunakan tilam yang telah rosak.

Sumber gambar : Sayang Sabah

SEBENARNYA:

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyangkal dakwaan kononnya asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid di Pensiangan, menggunakan tilam yang telah rosak.

Pengarah JPNS, Datuk Jame Alip, berkata sejurus selepas gambar berkenaan tersebar, pihaknya menjalankan siasatan dengan laporan awal juga diserahkan kepada Unit Aduan JPNS.

“Daripada penjelasan pengetua sekolah terbabit, wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaibkan sekolah berkenaan. Semua tilam yang rosak itu sebenarnya telah dikumpul oleh pihak pengurusan asrama bagi tujuan pelupusan, namun telah diselongkar pihak tidak bertanggungjawab.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI