Insiden Tembak Di Masjid Jeram, Manir, Terengganu?

TULAR:
933

PALSU :

Tular di media sosial yang dakwaan bahawa terdapat insiden tembak-menembak kerana kes dadah dan pecah kereta yang berlaku di sekitar Masjid Jeram, Manir, Terengganu.

Gambar hiasan. Sumber: terengganutimes.com

SEBENARNYA :

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman menegaskan bahawa tiada insiden berbalas tembakan yang berlaku di Kampung Jeram, Manir, Terengganu seperti yang diuar-uarkan menerusi laman sosial.

Beliau berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut dan meminta mereka yang tidak bertanggungjawab berhenti daripada menyebarkan berita tidak berasas serta tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketakutan orang ramai.

SUMBER :

PDRM Official Facebook

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI