Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dikenakan Surcaj 6%?

TULAR:
776

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat notis yang kononnya tambah nilai Touch ‘n Go bakal dikenakan caj 6% bagi setiap transaksi bermula 1 Januari 2016.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Touch ‘n Go Malaysia dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan terhadap sebarang tambah nilai bermula 1 Januari 2016 ini seperti yang disebarkan sesetengah pihak di laman sosial. Bagaimanapun, caj tambahan GST sebanyak RM0.50 hanya dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai menggunakan agen yang mengambil bahagian.

Antara agen yang mengambil bahagian dalam transaksi Touch ‘n Go adalah pekedai runcit, stesen minyak dan bank yang membenarkan tambah nilai menerusi mesin ATM atau CDM bank terlibat.

Tiada sebarang cas tambahan sekiranya pengguna menambah nilai di Touch ‘n Go Hub, Touch n Go SPOT, lorong Touch ‘n Go di tol, Tesco, Watson, KK Super Mart, Guardian, kiosk layan diri (SSK), mesin ATM dan CDM di bank CIMB dan beberapa stesen minyak Petronas yang terpilih.

SUMBER :

Lembaga Lebuhraya Malaysia

Touch ‘n Go Malaysia

Sinar Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI