PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya berlaku insiden tumpahan minyak di KM 46.2 – KM 46.8 arah timur (Bukit Tinggi).
Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:
“Assalamualaikum
Perhatian.
Kpd pengguna highway kl-karak berhati-hati ketika sampai Kona last sblm exit ke bkt tinggi resort.
Ada tumpahan minyak diesel ats jln.(LHS).
Keselamatan diutamakan
Ingtla org tersyg
Sekian
Copy n Paste”
SEBENARNYA:
Menurut Lebuhraya Pantai Timur (LPT):
“Tiada kejadian tumpahan minyak berlaku ketika ini. Ini adalah insiden lama dan telah berlaku pada 10 April 2019 berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah treler.
SUMBER:
Facebook Rasmi Lebuhraya Pantai Timur (Mei 2019)
Facebook Rasmi Lebuhraya Pantai Timur (April 2019)