Biskut Raya Jenama MyBizcuit Tidak Halal?

TULAR:
10700
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa biskut raya jenama MyBiazcuit diambil dari China dan menyalahguna logo halal. 

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Penjelasan Isu Status Halal Produk Biskut Raya Jenama MyBizcuit

Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan dari pengguna berkenaan status halal produk biskut raya jenama MyBizcuit. Kemusykilan ini timbul apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan dakwaan bahawa biskut raya jenama berkenaan diambil dari China dan menyalahguna logo halal. 

Untuk makluman pengguna, biskut raya jenama MyBizcuit keluaran syarikat Koon Brother Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. 

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI