Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan Mengambil Anggota Tambahan?

TULAR:
1218

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan kini melakukan pengambilan anggota bomba bantuan bagi negeri itu.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Nazili Mahmood berkata, berita terbabit tidak benar dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan notis sedemikian.

“Ini mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan ia turut mengundang orang ramai datang ke pejabat bomba dan menghubungi pihak kita bagi sesi permohonan terbabit. “Saya tegaskan di sini perkara ini semua palsu dan kita tidak pernah keluarkan notis mengenai jawatan ini setakat ini,” katanya.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI