Anak Pendatang Rohingya Dengan Kad UNHCR Dapat Keistimewaan?

TULAR:
4002

PENJELASAN :

Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa anak pendatang Rohingya yang mempunyai kad UNHCR mendapat kelebihan tertentu, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, kerajaan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada anak pelarian etnik Rohingya walaupun mereka dilahirkan di negara ini.

Beliau berkata kumpulan ini terdiri ​​​​​daripada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) bagaimanapun bebas bergerak di Semenanjung Malaysia, termasuk  bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan agama, mendapat potongan harga caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus berbanding warga negara asing yang lain dan mempunyai akses kepada pendidikan swasta.

Namun, katanya, sekiranya pemegang kad UNHCR itu melakukan aktiviti yang melanggar perundangan negara, maka tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang berkaitan akan diambil.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI