PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya telah berlaku kejadian jalan runtuh di Jalan Selayang-Serendah (Jalan Pintas Rawang FT37) yang mengakibatkan 5 sekeluarga terkorban.
SEBENARNYA:
Pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menafikan kenyataan palsu yang berlegar di platform Whatsapp berkenaan kejadian jalan runtuh di Jalan Selayang-Serendah (Jalan Pintas Rawang FT37) yang kononnya telah mengorbankan 5 sekeluarga.
Hasil siasatan mendapati bahawa foto yang dikaitkan dengan kenyataan tersebut adalah sama dengan foto kejadian gempa bumi di Ecuador pada April 2016.
SUMBER: