Projek Memasang Fiber Optik Di Seluruh Negara Diberikan Kepada Satu Syarikat Sahaja?

TULAR:
1805

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan yang berbangkit berhubung pelaksanaan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).

Sumber gambar: Facebook

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta diperlukan dalam prasarana gentian untuk menyokong ekonomi digital dan juga bagi menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga lebih rendah.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan dalam mengembangkan rangkaian gentian sedia ada menerusi Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) akan antara lainnya, memanfaatkan rangkaian talian gentian menyeluruh Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Bagi gentian TNB, penyertaan dalam NFP bergantung kepada pihak-pihak berminat yang memeterai perjanjian komersial yang sesuai dengan TNB bagi penggunaan gentian mereka.

Jelas beliau, “Pada dasarnya, kita mahu le­bih banyak entiti sektor swasta menyertai pasaran jalur lebar dan melabur. Kita tidak menggalakkan monopoli atau perjanjian eksklusif kerana ia boleh memperlahankan penggunaan prasarana jalur lebar. Lebih banyak persaingan akan bermakna lebih banyak pilihan bagi pengguna dan sasaran kerajaan untuk menurunkan harga jalur lebar akan dapat dicapai,”.

Broadnet Network Sdn. Bhd., yang memegang lesen Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang relevan, merupakan antara pihak-pihak yang melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan TNB atas asas komersial bagi NFP.

Tambah beliau, pendekatan perkongsian awam-swasta (PPP) yang diambil bagi NFP tidak semestinya melibatkan pembiayaan tambahan daripada kerajaan. Inisiatif PPP adalah bertujuan untuk membolehkan kerajaan memberikan bantuan apabila pemudahan diperlukan bagi memastikan penggunaan prasarana gentian yang pantas dan cekap.

SUMBER :

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI