Nelayan Yang Layak, Tidak Menerima Elaun Sara Hidup Daripada LKIM Melaka?

TULAR:
967

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat nelayan yang layak, tidak menerima elaun sara hidup sejak awal tahun 2017 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka menafikan dakwaan ada nelayan yang layak, tidak menerima elaun sara hidup sejak awal tahun 2017.

Pengarah LKIM negeri, Rosli Mustapa, berkata pihaknya menjalankan pemantauan ke atas semua rekod nelayan di negeri Melaka bagi memastikan kelayakan mereka untuk menerima elaun RM300 sebulan itu.

Beliau berkata, antara kelayakan perlu dipenuhi nelayan adalah mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan dan ke laut sebanyak 120 kali dalam tempoh tiga bulan.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI