Dua Penjenayah Kes Samun Ditembak Di Shah Alam?

TULAR:
453

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia PDRM memperjelaskan dakwaan bahawa 2 penjenayah telah ditembak di Shah Alam sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : PDRM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata Polis menembak mati dua penjenayah yang cuba melakukan pecah rumah dan samun di kawasan perumahan di Jalan Platinum 7/37A, Seksyen 7. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, seorang lagi suspek melarikan diri.

Beliau berkata sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 3.40 pagi, mengenai satu cubaan pecah rumah di kawasan itu.

“Setibanya di tempat kejadian polis berjaya mengesan tiga suspek. Polis kemudian memberi amaran supaya menyerah diri, namun dua suspek yang bersenjatakan parang dan celoret telah menyerang polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka.”

SUMBER :

Bernama

Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI