Waspada Dengan Sindiket Ah Long/Ceti Haram?

TULAR:
1107

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu/sindiket yang lebih dikenali sebagai Ahlong/Ceti haram yang sentiasa mengucapkan kata-kata manis sebelum memberi perkhidmatan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi serta tidak masuk akal.

Sumber gambar : PDRM

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa jika gagal melunaskan hutangnya, mereka akan bertindak ganas terhadap peminjam sehingga sanggup membunuh!

Antara Modus Operandi yang digunakan oleh individu/sindiket ini adalah dengan menawarkan pinjaman tanpa penjamin dengan jaminan kelulusan segera dan mudah tetapi mempunyai kadar faedah yang sangat tinggi.

SUMBER : 

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI