JANM Keluarkan Kenyataan Bahawa Sistem 1GFMAS Alami Masalah Pelayan?

TULAR:
949

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengeluarkan kenyataan bahawa sistem 1 Government Financial Management Accounting System (1GFMAS) mengalami masalah pelayan (server).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi JANM:

JANM tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah server 1GFMAS dan sebarang pengumuman berkaitan 1GFMAS hanya akan dibuat menerusi Portal Rasmi JANM. Sebagai makluman juga, pihak JANM akan sentiasa memastikan sistem 1GFMAS sentiasa berada dalam tahap optimum untuk beroperasi.

SUMBER:

Laman Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI