Waspada Sindiket Menyamar Sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan

TULAR:
1184
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai diminta berwapada dengan Sindiket Macau Scam yang menggunakan panggilan telefon kononnya daripada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Gambar hiasan. Sumber gambar: Cfcw.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Chan Teck Paing, sindiket Macau Scam yang menggunakan panggilan telefon untuk memperdayakan mangsa, dikesan menggunakan kaedah terbaru dengan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di Kedah, empat mangsa nyaris terpedaya apabila mangsa membuat panggilan ke nombor telefon yang digunakan sindiket itu, tertera nombor talian KKM malah ia juga akan disambung terus ke jabatan itu.

Suspek melakukan penipuan menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu penyamaran nombor talian apabila pemanggil menggunakan perkakasan Internet ketika membuat panggilan melalui Internet (VOIP).

Beliau berkata, “Mereka mendakwa dihubungi individu dengan nombor telefon sama iaitu dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) KKM menggunakan nombor telefon 03-78835400.”

SUMBER: 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI