PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan kenyataan berhubung gerakan membanteras fitnah di masjid dan surau terhadap Kerajaan.
Di dalam mesej tersebut itu juga menyatakan bahawa aduan atau laporan boleh dipanjangkan ke JAWI melalui emel Aduan JAWI dan juga melalui emel dua orang pegawai JAWI.
SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kenyataan tersebut adalah palsu dan bukan kenyataan daripada JAWI.
Diharapkan orang ramai menghentikan penyebaran mesej tersebut dan dinasihatkan untuk memastikan terlebih dahulu kesahihan mesej- mesej yang diterima terutamanya melalui media sosial sebelum ditularkan bagi mengelak berlakunya salah faham akibat penularan perkara yang tidak benar.
SUMBER: