Geng Culik Kanak-Kanak Di Sekitar Alor Setar, Kedah?

TULAR:
734

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat sekumpulan “Geng Culik Kanak-Kanak” di sekitar Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Kedah telah menerima maklumat berkaitan “Geng Culik Kanak – Kanak” yang bergiat aktif di kawasan Alor Setar.

Maklumat, gambar dan butir-butir mengenai sekumpulan lelaki Melayu sebagai kumpulan culik kanak-kanak di kawasan Alor Setar adalah TIDAK BENAR. Orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan berita atau maklumat ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan dan memalukan diri serta keluarga mereka yang dimaksudkan sebagai suspek kes culik ini. 

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Kedah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI