JAWI Keluarkan Kenyataan Untuk Membanteras Fitnah Terhadap Kerajaan Di Masjid Dan Surau?

TULAR:
716

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan kenyataan berhubung gerakan membanteras fitnah di masjid dan surau terhadap Kerajaan.

Di dalam mesej tersebut itu juga menyatakan bahawa aduan atau laporan boleh dipanjangkan ke JAWI melalui emel Aduan JAWI dan juga melalui emel dua orang pegawai JAWI.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kenyataan tersebut adalah palsu dan bukan kenyataan daripada JAWI.

Diharapkan orang ramai menghentikan penyebaran mesej tersebut dan dinasihatkan untuk memastikan terlebih dahulu kesahihan mesej- mesej yang diterima terutamanya melalui media sosial sebelum ditularkan bagi mengelak berlakunya salah faham akibat penularan perkara yang tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAWI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI