Lelaki Pedofil Berkeliaran Di Sekitar Subang Bestari, Sasar Kanak-Kanak Sebagai Mangsa?

TULAR:
839

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat seorang lelaki pedofil berkeliaran di sekitar kawasan Subang Bestari bagi mencari mangsa khususnya dari kalangan kanak-kanak. Menerusi mesej itu juga, lelaki tersebut turut didakwa mempunyai rekod kes pedofil dan dikatakan mengumpan dengan memberikan telefon bimbit bertujuan mengalih perhatian mangsa.

 

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu menafikan kejadian berkenaan malah mesej itu juga dipercayai maklumat palsu yang ditularkan melalui media sosial.

Beliau berkata, sehingga kini, tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung perkara itu.

“Setakat ini polis tidak terima sebarang laporan dan dipercayai info tular yang palsu.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI