PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa fenomena jerebu berwarna kuning melanda di Kuala Lumpur.
SEBENARNYA :
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menegaskan, maklumat berhubung berlakunya fenomena ‘jerebu kuning’ melanda negara yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar.
Menurut JAS, hasil pemantauan sebaliknya menunjukkan bacaan kepekatan karbon monoksida (CO) adalah rendah dan kurang daripada Panduan Kualiti Udara Disyorkan di Malaysia. Bacaan itu sekadar mencatatkan tahap di bawah 30 bahagian per juta (PPM) atau 35 mikrogram per meter padu setiap satu jam sekali gus menunjukkan kualiti udara tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning.