YDP Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tidak Stabil?

TULAR:
785

PALSU :

Tular di media sosial  dakwaan bahawa kesihatan Yang Di-Pertuan Agong tidak stabil.

Sumber Gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Satu laporan polis telah dibuat mengenai  penyebaran maklumat palsu berhubung kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Dalam pada itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 88, telah berangkat ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.30 malam tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI