PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bakal mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Pintas Rawang pada 15 November 2017.
SEBENARNYA:
Menurut JKR Malaysia, tiada sebarang majlis perasmian yang akan berlangsung pada 15 November 2017.
Pihak JKR tidak terlibat dengan mana-mana pengumuman yang berkaitan setakat ini. Pastikan sumber mengenai maklumat sebegini adalah dari sumber yang sahih iaitu saluran rasmi media sosial JKR dan Kementerian Kerja Raya (KKR).
SUMBER: