Mayonis McDonald’s Mengandungi LM10?

TULAR:
3450

PENJELASAN :

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya bahawa mayonis McDonald’s mengandungi LM10 atau lemak khinzir seperti mana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, isu ramuan yang mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald’s Malaysia.

Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

Perlu diambil maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

SUMBER:

Facebook Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI