Kekurangan Dana Untuk Pembelian Ubat Di Hospital Pulau Pinang ?

TULAR:
451
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN : 

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kekurangan dana peruntukan bagi pembelian ubatan kepada pesakit Hospital Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : The Star

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat kekangan pembekalan stok ubatan Travatan dan Xalatan kepada pesakit di Hospital Pulau Pinang diatas permintaan yang sangat tinggi dan juga kegagalan pembekalan ubatan oleh pihak pembekal.

Pihak Hospital Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan bekalan stok alternatif dari pembekal berlainan. Tindakan tersebut diambil bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan dan bekalan ubatan dapat terus dibekalkan kepada pesakit.

Ubat alternatif juga telah diprekrepsi kepada pesakit sebagai rawatan interim.

SUMBER: 

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI