SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG):
Pihak JMG maklum berita tular yang disebarkan melalui beberapa media sosial. Pihak JMG ingin memaklumkan bahawa berita tersebut tidak benar.
JMG tidak mengeluarkan arahan bercuti atau kebenaran bagi tujuan tersebut. Jabatan hanya mengeluarkan memo perakuan tidak hadir ke pejabat atas sebab kecemasan (Pekeliling Perkhidmatan Bil1 Tahun 1986) kepada semua kakitangan JMG yang terkesan dengan kejadian banjir baru-baru ini.