PALSU :
Tular di media sosial yang dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menaikkan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Sumber gambar: Pandulaju.com.my
SEBENARNYA :
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan semua jenis kenderaan 880cc dan ke atas bermula Januari 2017 seperti yang tersebar di media sosial.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat JPJ, maklumat yang disebarkan itu adalah tidak tepat dan palsu.
SUMBER :
Kenyataan Rasmi Kementerian Pengangkutan