Kakak Mangsa Dera Hingga Mati di Flat Paya Nahu Meninggal Dunia?

TULAR:
1080

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kakak mangsa dera di Flat Paya Nahu telah meninggal dunia di hospital juga akibat kesan penderaan, selepas adiknya yang ditemui mati akibat didera di dalam sebuah tong ikan di Sungai Petani.

Sumber gambar : Utusan Malaysia.

SEBENARNYA :

 

Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini dan berada dalam keadaan stabil.

Sehubungan itu, maklumat yang diviralkan di Facebook yang mengatakan kanak-kanak itu meninggal dunia adalah tidak benar dan sangat dikesali.

Pengarah Jabatan Kesihayan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata beliau dimaklumkan Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani bahawa kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad kanak-kanak HSAH.

 

SUMBER :


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI