Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Keluar Arahan Suntik Anjing Liar Sehingga Mati?

TULAR:
166

PALSU :

Tular di media sosial yang dakwaan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu telah mengeluarkan arahan menyuntik anjing liar sehingga mati berdasarkan status yang dimuatnaik oleh sebuah akaun.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menafikan dakwaan bahawa terdapat arahan menyuntik anjing liar sehingga mati.

Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang memo atau pekeliling mengenai arahan seperti didakwa itu.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI