Malaysia Hub Penjualan Bayi?

TULAR:
246

TULAR:

Tular di media sosial di mana sebuah media antarabangsa telah menerbitkan dokumentari berkenaan penjualan bayi di Malaysia. Dokumentari tersebut mendakwa pengamal perubatan di Malaysia telah melanggar undang-undang dan etika profesion perubatan.

Gambar hiasan. Sumber: Google


SEBENARNYA :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan bahawa Malaysia merupakan hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan media antarabangsa itu. Aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan Al-Jazeera itu.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sedemikian. Usaha ini dipergiatkan lagi dengan penubuhan unit Atipsom d7c pada tahun 2008, dan juga oleh bahagian siasatan seksual wanita/kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

SUMBER :

Facebook Ketua Polis Negara

Facebook PDRM

Astro Awani

KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI