SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil berat isu tular mengenai notis berkenaan kesalahan serta penggunaan logo JPJ yang disebarkan melalui platform media sosial.
Untuk makluman pihak JPJ tidak mengeluarkan apa-apa risalah berhubung dengan apa-apa jenis kesalahan berkaitan pengubahsuaian kenderaan motor.
Walau bagaimanapun, JPJ ingin menasihati serta mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam pengubahsuaian kenderaan motor.