Video Tular Melibatkan Gerabak Tren Laluan Ampang Terbakar Adalah Tidak Benar

TULAR:
30

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana):

Pada 3 November 2025, Prasarana menegaskan bahawa video yang sedang tular di media sosial berkaitan insiden yang kononnya melibatkan sebuah gerabak tren Laluan Ampang adalah tidak benar sama sekali.

Tiada sebarang insiden melibatkan tren atau fasiliti di bawah kendalian Rapid KL yang berlaku seperti didakwa. Semakan dalaman serta pengesahan daripada pasukan operasi mengesahkan bahawa semua perkhidmatan tren berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Rapid KL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI