
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Ribut Tropika Kalmaegi sedang aktif di Lautan Pasifik Barat dan dijangka bergerak ke arah barat merentasi Filipina menuju ke Laut China Selatan. Keadaan ini menyebabkan penumpuan angin yang berpotensi menghasilkan hujan berterusan di Sabah dan WP Labuan serta angin kencang di perairan negara pada 4 hingga 7 November 2025.
MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Sabah dan WP Labuan berkuat kuasa pada 4 hingga 5 November 2025 serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket,
Selat Melaka Utara, Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa pada 4 hingga 7 November 2025.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






