PALSU:
Tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan longgokan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin yang diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal.
SEBENARNYA:
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal. Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’.
“Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut.”
SUMBER: