Kadar Bayaran Visa Ke India Meningkat?

TULAR:
518

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar bayaran visa untuk rakyat Malaysia mengunjungi India telah meningkat daripada RM 180 kepada RM 456.

Gambar Hiasan. Sumber : Tribunnews.com.

SEBENARNYA :

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan laporan bahawa kadar bayaran visa telah meningkat daripada RM180 kepada RM456 untuk rakyat Malaysia melawat ke India.

“Tidak ada kenaikan caj untuk visa selama enam bulan. Malah, India sedang mewujudkan kategori baharu iaitu visa selama satu tahun,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI