PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar sewa premis perniagaan di MARA Digital Mall bakal dinaikkan sebanyak lima peratus menjelang November 2017.
SEBENARNYA :
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa kadar sewa premis perniagaan di Mara Digital Mall, Menara Mara akan dinaikkan.
Beliau berkata kadar sewa pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera itu akan dikekalkan dan kementerian akan sentiasa mencari jalan bagi memastikan nasib usahawan Bumiputera sentiasa terbela.
SUMBER :