Tawaran Pakej Umrah Yang Murah?

TULAR:
478

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan memeriksa dengan teliti latar belakang syarikat yang menawarkan pakej umrah dengan harga yang murah.

Gambar hiasan : nst.com.my

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan demikian adalah perlu bagi mengelak daripada orang ramai tertipu dan berdepan pelbagai masalah besar untuk mengerjakan ibadah itu.

Menurutnya lagi, sunggupuhpun telah banyak kes penipuan umrah dilaporkan tetapi masih ramai yang terpedaya dan akhirnya terkandas di lapangan terbang. Jika ditawarkan terlalu murah, jangan terpedaya kerana harga minimum yang ditetapkan bagi satu pakej umrah adalah RM4,900.

SUMBER :

Bernama (1)

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI