Kadar Sewa MARA Digital Mall Dinaikkan?

TULAR:
1115

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar sewa premis perniagaan  di MARA Digital Mall bakal dinaikkan sebanyak lima peratus menjelang November 2017.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan  bahawa kadar sewa premis perniagaan di Mara Digital Mall, Menara Mara akan dinaikkan.

Beliau berkata kadar sewa pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera itu akan dikekalkan dan kementerian akan sentiasa mencari jalan bagi memastikan nasib usahawan Bumiputera sentiasa terbela.

SUMBER :

Bernama

Sinar Online

Astro Awani

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI